*****Al-Fatihah for Fie's father.
a man,a husband
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan rahmah dan kasih sayang
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,sahabat dan keluarga baginda
Ya Allah,
Hidupkanlah kami dengan imaan
Dan matikanlah kami dengan imaan
Gerakkanlah kami di padang mahsyar dengan imaan
Masukkanlah kami ke syurgaMu dengan imaan
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu kerana limpah rahmat kasih- sayangMu ya Rahman,kerana takkan mampu kami menebus syurgaMu hanya dengan amalan kami ya Allah.
Ya Allah,
Tetapkanlah kami beserta imaan
Dan keluarkanlah kami dari dunia bersama imaan
Tundukkan penggoda kepada kami[dari golongan jin] kepada imaan
Ya Allah,
Hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat
Hindarkan kami dari azab sakaratulmaut,azab kubur,azab mahsyar dan azab Jahannam,ya Rahim
Semoga Kau mengampuni dosa kami dan dosa mereka
Moga kami tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang diazab
Mohon ya Allah agar kami menjadi golongan yang mengingati mati
Mohon ya Allah agar hati-hati kami tidak diikat oleh leka dunia
Mohon ya Allah,kami termasuk di dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran dari setiap kejadian ajal yang tiba
Ya Allah,
Dengan limpah rahmatMu
Pelihara saudara kami ya Allah yang telah Kau jemput menemuiMu
Lindungi dia dengan kasih sayangMu,ya Rahman
Ampuni kesalahannya ya Ghaffar
Terangi kuburnya dengan nurMu,ya Salaam
Lapangkan kuburnya dengan kasihMu,ya 'Aziz
Permudahkan urusannya ketika hisab di Mahsyar nanti,ya Halim
Mohon kami bertemu semula di syurgaMu dengan izinMu,ya Allah
Dengan rahmatMu ya Allah Tuhan kami yang Maha Pengasih.
Ameen.
*to dear fie, he had his fair share of living, Allah S.W.T love him more*